Sunday, September 8, 2019

Trip ke Seoul, Korea Selatan

Holla,

Ini sebenarnya adalah trip pertama saya sebagai pengembara a.k.a backpackers ke oversea

Agak gementar pada mulanya ketika membuat keputusan untuk keluar negara, maklum lah 1st time travel, kalau jalan dalam negara gigih lagi.

macam biasa en.gugel la menjadi sumber rujukan untuk newbie macam saya ni:

Hari 1:

Flight pukul 8pagi, tapi pukul 3pagi dah sampai airport.. maklumlah excited, masa ni dekat lcct lagi... nostalgia sungguh

Flight  jam 8pagi dah boleh boarding


Penantian suatu penyeksaan

Sekarang ni dah mudah boleh checkin online seminggu sebelum berlepas, lagi mudah, tapi jangan ambil mudah sangat, pastikan 2jam sebelum berlepas tu dah ada dekat airport untuk melancarkan urusan perjalanan kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku nanti, kena full body checkup, alamak tertinggal pulak flight, habis musnah la semuanya.

Tak sabar nak tinggalkan malaysia



Panjang nye beratur nasib baik awal lagi, fuhh



Dah lepas urusan so layan view kapal Airasia A320




Panggilan Akhir untuk pesawat ke seoul,,yay!!

zaman lcct, mana ada ramp mcam klia2 sekarang ni,,, masak kalau hujan


Nasib baik tak hujan



Konvoi ke kapal terbang



A330 kuala lumpur-seoul



1ST time naik kapal terbang pergi oversea



Safety information, kita baca je layan mata


Menunggu orang semua boarding




Muka dah megantuk ni, bangun pkul 3pagi



Punya lama tido, eh dah sampai incheon, jadi Kpop ler

Terima kasih abang pilot!! Terima kasih airasia

Anyeonghaseyo!!

Selamat datang eh!!


Iklan dekat airport, teruja kan kasi snap



Pukul 3petang di musim luruh


Naik skytrain nak pegi bangunan utama, biasa la naik budget airlines memang la jauh parking

Cleaner pon jadi mangsa
Dah settle masa untuk berjalan.. lengang kangkung



Nak naik train ke seoul, dari incheon macam macam mode transport boleh, rasa nak amik view boleh naik bas tapi makan masa la, nak naik teksi pon boleh kalau nak rasa kaya, saya memilih untuk naik train je.

Boleh beli T-money dekat 7eleven, T-money ni fungsi macam touch n go la, kita topup dan boleh guna.

Kalau tak nak guna t-money boleh beli tourist pass, ikot budget kita sebenarnya  





T-money 2500Won











Tourist pass ada 24jam / 48jam / 72jam, 


Layan view dari airport nak ke train station, masa ni baru perasan hari nak gelap.. 1st TIME pergi negara 4musim, waktu musim luruh ni waktu siang dia pendek, waktu malam dia panjang, dulu belajar geografi kat sekolah cikgu ada bagi tau, tapi time tu buat tak tau je... nah ni pengajaran dia,,,



Ni lah dia train station incheon airport, bawah tanah





Ke seoul station, seoul station ni pusat bandar la.. kalau kat kl tu macam kl sentral.





Dah sampai, masa ni stay umah kawan dekat Digital Media City, suhu masa ni 5c, pergh ketar lutut kena angin





Gambar goyang sebab sejuk!! malaysia 36c kot.. sampai sini 5c, (selfie sebab nak belagak kat orang kampung yay!!)





Pegi beli teh masa dah sampai, beku woo




Menu diet, ni je boleh makan




Muka member sekampung yang tak percaya kawan dia ni datang betul, dia boleh tido kat umah tak nak bukak pintu


Layan borak borak jap,badan pun letih maka tidur dulu la. Macam mimpi je sampai gak korea walaupun solo dari airport sampai ke umah member ni, kira berjaya gak solo, dah la 1st time fuhh...dipermudahkan urusan.










Hari 2:

View pagi, sebelah tu macam flat kos rendah je tapi tak nampak macam flat pon.







Menu wajib, susu pisang @ banana unyu.. kira breakfast la ni..


Taman dekat bawah rumah, tengok daun tu... macam macam kaler, lawanya haii



mari exercise, nak gi jalan jalan




pakai baju 3lapis ingat tak sejuk... sejuk jugak, sebab winter coat tu beli kat bundle bukannya tahan sejuk pon, maklumlah 1st time. ingat sejuk macam dekat opis je.




posing dekat train station


signboard senang paham, dekat mana kita nak tukar line


kasih seorang ibu melayan kerenah anak anaknya


paling penting bila nak keluar, tau exit berapa macam atas ni keluar exit 12.. maknanya dia ade 12 pintu keluar, salah keluar sesat lah..


dekat sadang, sadang ni tempat pasar pagi kira kira macam uptown la gitu.. tapi waktu pagi, saja nak tgk barang apa boleh dibeli.


view sadang







antara barang yang yang dijual pasar sadang ni, kalau terer cakap korea leh la tawar menawar kat sini..





tadaa dapat jugak sambar satu winter jacket berharga 10 000 won



suasana pasar pagi yg dipenuhi pelbagai lapisan umur

lepas singgah disadang, terus saja ke nami island. lewat sangat nanti takot tutup.



so berjaya sampai ke nami island, yay! mesti kena bergambar dekat icon nami ni cerita wajib winter sonata.
nami island ni popular pon disebabkan pengambaraan cerita winter sonata ni buat dekat sini..

macam mana nak pegi nami island?

saya memilih untuk naik train biasa je sebab lebih santai,

Naik dari yongsan station - turun dekat gapyeong (1jam)

so sampai di gapyeong boleh je beli tiket dan naik bas ke nami, tapi still memilih untuk bersenam. Jalan kaki lah, sejuk kan so tak berpeluh yay! sampai di nami island boleh beli tiket berharga 8000 won, untuk lebih jimat boleh try amik pakej, lagi berbaloi.



alamak dah nak gelap 



gapyeong



station gapyeong



kawasan pinggir seoul, lebih kurang macam kita gi area kuala selangor



dengan abang kpop



time ni ade promosi untuk orang malaysia naik zip-wire, macam flying fox tu



yay!! dah sampai nami



tu la flying fox dia.. macam seram je



han river



posing sikit



inilah dia pulau berbentuk karipap ditengah sungai han



batu bersurat



daun yang gugur dah disapu, baru nak amik feel musim luruh




kena posing, wajib



ada pon daun yang gugur dibumi, siap ada bendera malaysia lagi tu



autumn in my heart



dengan abang sado...dia malaysia, sy korea.. tiba-tiba 



mana mau lari ha...



3 bersaudara



kanak kanak riang





sama tapi tak serupa



cubaan mengorat awek korea, annyeong!!




geng kaki pukul




pau kacang merah


sayang nya dah tutup baru nak makan makanan malaysia




dah nak malam ni..suhu lagi turun berasap mulut



sekejap je dah gelap.. siang pendek



dah gelap baru pukul 5petang



babai nami island, next time datang lagi

dari nami terus balik ke rumah, letih sangat ni... tido.. esok sambung jalan




Hari 3:


Hari ni plan ke itaewon, jom tengok apa ada dekat sini



Kat sini banyak kedai halal, kira macam hub halal la gitu,, pub pon bnyk,,eh


Musim luruh di seoul


Kawasan sekitar






Kedai fav saya, ayam golek dengan nasi panas,



Pintu masuk masjid seoul




Masjid seoul

Dibuka pada 1976,  setiap jumaat dijangka 500 jemaah akan memenuhi untuk solat jumaat.
Kebanyakkan sumbangan untuk membina masjid ini datang dari kerajaan arab saudi, statistik mengatakan ada lebih kurang 100k umat islam berada di korea selatan.
so tempat wajib untuk dilawati jika berada di seoul











tempat yang indah 




hari gelap nak hujan ke nak salji ni





Lepas gi masjid kita gi beli barang basah, dekat area masjid ni ada kedai halal yang menjual barang keperluan feel nak memasak tu datang.. sekali jumpa durian daa


Kopi kapal api betul betul kaw



Rambutan ke laici ni,,,

Bergerak ke tempat lain lak 




mesin zippo






Layan view itaewon... 












Layan kan hobi abang kpop ni kumpul tamiya












Lepak lepak dekat Park mall...






Hari 4:

Sebab semalam sejuk sangat, so hari ni baru plan nak keluar jalan jalan lagi, tapi tengok keadaan dulu dan tengok mood




View dari rumah


susu pisang...





Harta yang masih ada


Layan lah tengok g-dragon



apa guna ada dapur yang lawa kalau tidak memasak



menu simple je



1st time dalam hidup nampak salji turun, salji pertama di seoul




Its snowing mommy!!

sebab salji dah turun,perut pon jadi lapar... makan dulu


Tempat wajib pegi, myeongdong 








Myeongdong ni boleh dikatakan syurga souvenir, murah dan berpatutan  





Lepak ngeteh dulu



Yang penting halal




Heunginjimun Gate

dibina pada zaman Raja Taejo untuk mempertahankan rumah kerajaan ketika itu, 



Juga dikenali sebagai Dongdaemun Gate mungkin sebab dia betul-betul dekat area dongdaemun




Keluar dari metro station terus nampak


Pasar dongdaemun




Satu dari kejayaan kerajaan korea selatan dalam menjalankan kempen 'cintai sungai kita'

jika dulu kawasan ni adalah setinggan yang dipenuhi sampah sarap, lihatlah sekarang, air yang dulu tercemar kini paling bersih yang mengalir di tengah bandaraya seoul




Sungai Cheonggyecheon








dulu sampah dan tercemar, kini itik berenang-renang pulang petang









Dulu pernah buat kerja dengan company ni so agak nostalgia





Channel tv korea ade khas untuk game


Layan runningman walaupun tak paham



Ketagih woo kopi ni



DMC ville, services tip top






Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng di korea


Dah siap selepas bersilat di dapur


Nasi goreng kpop


Rancangan show me the money...

habis sudah hari ke-4...fuhh berpeluh ketiak walaupun tak ada peluh.




Hari 5:




Hari ni plan nak gi war muzium of korea...

sebab masuk free so layan je la tengok muzium, sejarah perang korea yang panjang.
orang korea sangat menghargai keamanan yg dikecapi sekarang ni. Sebab perang ni merugikan ramai yang mati, saudara terpisah,macam macam lagi la. Cara nak datang sini boleh turun di stesen samgkaji exit 1.







walaupun matahari nampak terik.. tak rasa pun panas sebab suhu 3c





dari muzium perang ni boleh nampak seoul tower.. anyyeong!!




tugu muzium perang




Tugu memperingati mereka yang terkorban




inilah muzium perang
















































keamanan yang dikecapi sekarang adalah hasil keperitan pada masa lalu












cubaan meneliti lukisan










lepas pergi muzium kita pergi seoul tower... namsan seoul tower. tempat wajib datang kalau dekat seoul. boleh datang naik bas, boleh naik kereta kabel, naik teksi, jalan kaki.

saya memilih untuk hiking, sebab sejuk dan tak ada nak kejar apa, so layan view la.





















ini kalau time musim panas, mau berpeluh ketiak, bila hiking ni boleh tengok view seoul


















apartment 3bilik


masa untuk berendam



misi memasak rendang ayam




rendang ayam homemade



dah nak siap rendang ayam


pemanas dalam rumah yang diset maksimum.. kalau boleh nak set 36c...suhu malaysia



laluan pejalan kaki nak pegi train station, siap ada traffic light lagi









Hari 6 dan 7,

hari-hari terakhir dibumi seoul, so nikmati je la jalan selagi boleh...





lepak di gangnam









.





oppa gangnam style




1st time mulut berasap




hasil boron yang nak dibawa pulang ke malaysia


selamat tinggal seoul




nak balik dah




habiskan sisa duit dalam t-money








ini sibuk call..sibuk sms lepas tu kena cas



pening kepala bayar bil


maka habislah trip 7hari 6malam ni...
penginapan ditaja oleh kawan kawan sebab lepak rumah diorang, so save duit dekat penginapan... tapi inilah pengalaman pertama ke luar negara.. lepas tu terus jadi kaki travel, nanti kan pengembaraan seterusnya, ariossss...














layan view sepanjang di bumi seoul waktu musim luruh..






























































































































































































































































































selamat tinggal seoul.... meninggalkan 1001 kenangan...

































No comments:

Post a Comment

Trip ke singapura , Australia dan new Zealand

Holla... trip ini dipanggil baling satu batu dapat 3 burung... kembara ke singapura-australia dan new zealands saya suka cerita lord o...